Tuesday, 31 January 2017

RALAT : Surat Panggilan Calon 'Top 5' Pemilihan Tokoh NIlam Kluang 2017

Berikut adalah surat panggilan rasmi bagi calon untuk ke Peringkat Akhir Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017. Sila klik pauta... thumbnail 1 summary
Berikut adalah surat panggilan rasmi bagi calon untuk ke Peringkat Akhir Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun surat.


https://drive.google.com/file/d/0B6bv8u_W2nhRRFlaaUdneC1TLUU/view?usp=sharing




Kami, warga PKG Daerah Kluang serta Urusetia Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kluang 2017 ingin memohon jutaan maaf atas ralat ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Surat Panggilan Calon 'Top 5' Pemilihan Tokoh NIlam Kluang 2017

Pengumuman penting kepada semua Calon 'Top 5' & Guru Pengiring Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017. Berikut ada... thumbnail 1 summary
Pengumuman penting kepada semua Calon 'Top 5' & Guru Pengiring Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017.

Berikut adalah surat panggilan rasmi bagi calon untuk ke Peringkat Akhir Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun surat.


https://drive.google.com/file/d/0B6bv8u_W2nhRS1ZWMC1Bdm5PV0k/view?usp=sharing





Wednesday, 25 January 2017

PENTING : Pengambilan Folio & Buku Catatan Nilam

Perhatian kepada semua GPM / Guru Pengiring peserta Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2017. Rakan-rakan guru boleh mengambil semula Folio &... thumbnail 1 summary
Perhatian kepada semua GPM / Guru Pengiring peserta Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2017.

Rakan-rakan guru boleh mengambil semula Folio & Buku Catatan Nilam calon di Pusat Kegiatan Guru zon masing-masing pada 26 Januari 2017 bermula jam 10.00 pagi.

Sekian untuk makluman & tindakan rakan-rakan

-Admin-

Senarai 'Top 5' Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2017

Setelah membuat penelitian melalui beberapa peringkat penilaian, barisan panel pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang telah menyenara... thumbnail 1 summary
Setelah membuat penelitian melalui beberapa peringkat penilaian, barisan panel pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang telah menyenaraikan seramai 5 orang calon bagi setiap kategori untuk dinilai di pusingan akhir. Berikut adalah senarai nama calon yang layak;







Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mara ke peringkat akhir. Diingatkan kepada semua calon yang tersenarai untuk membuat persiapan bagi menghadapi pusingan akhir pemilihan yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut;


PEMILIHAN TOKOH NILAM 
PERINGKAT DAERAH KLUANG 2017
(PUSINGAN AKHIR)
pada
6 FEBRUARI 2017
bertempat di
PUSAT KEGIATAN GURU BANDAR KLUANG 


*Surat rasmi kepada calon & guru pengiring akan menyusul dalam masa terdekat. Jumpa di sana...


-Admin-

Monday, 16 January 2017

Senarai Nama Calon Tokoh Nilam Kluang 2017

Berikut adalah senarai nama calon Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2017 mengikut kategori. thumbnail 1 summary
Berikut adalah senarai nama calon Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2017 mengikut kategori.







Sunday, 15 January 2017

Tips Penting Bagi Calon Tokoh Nilam Kluang 2017

Peringkat saringan bagi Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang kini semakin hampir. Pastinya calon-calon Tokoh Nilam kita dapat meras... thumbnail 1 summary
Peringkat saringan bagi Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang kini semakin hampir. Pastinya calon-calon Tokoh Nilam kita dapat merasakan debarannya. Tidak kurangnya guru-guru pembimbingnya juga turut berdebar menanti apakah yang akan berlaku nanti.

Bagi mengurangkan sedikit rasa debar di hati, kami di pihak urusetia ingin memberi beberapa tips, panduan serta makluman penting yang mungkin dapat membantu para calon kita.

1.Makluman Kepada Calon
  • Para calon diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah yang lengkap sepanjang aktiviti.
  • Pergerakan para calon adalah seperti berikut; Pendaftaran --> Penyerahan Folio & Buku Catatan Nilam di kaunter penyerahan dokumen --> Menjalani ujian saringan --> Pulang

2. Folio Calon & Buku Catatan Nilam
  • Folio harus dimulakan dengan Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kluang (BTP/PSP-Nilam 01) yang akan diberikan oleh pihak urusetia kepada calon semasa pendaftaran. Sisipkan borang tersebut di muka pertama folio masing-masing.
  • Isi kandungan folio harus disusun rapi dengan mengikut turutan berikut; Borang BTP/PSP-Nilam 01, salinan keputusan peperiksaan calon dan seterusnya salinan sijil-sijil penghargaan, penglibatan dan juga sumbangan calon yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing.
  • Folio calon juga boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.
  • Buku Catatan Nilam haruslah terkumpul dari tahun 1-6 (Sekolah Rendah) dan tingkatan 1-5 (Sekolah Menengah)
  • Sebagai makluman kepada GPM, Folio Calon & Buku Catatan Nilam akan dipulangkan kepada GPM semasa Mesyuarat GPM bagi setiap zon PKG. 

3. Ujian Saringan
  • Ujian saringan diadakan secara atas talian dan perlu dijawab oleh para calon pada masa yang ditetapkan.
  • Peralatan akan disediakan oleh pihak urusetia & calon tidak dibenarkan membawa sebarang peranti komunikasi lain ke dalam bilik ujian.
  • Para calon akan menggunakan mini komputer riba (netbook) semasa ujian saringan ini. (*Nota: Tetikus (mouse) tidak akan disediakan)
  • Para calon adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan awam sepanjang ujian ini berlangsung.
  • Antara topik yang terkandung dalam ujian ini adalah ujian IQ, Pengetahuan Am, Literasi Maklumat dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). 
  •  Sebarang unsur penipuan atau perbuatan mencurigakan yang mengganggu perjalanan ujian  oleh calon boleh menyebabkan penyertaan calon terbatal.
  • Hanya 5 calon terbaik bagi setiap kategori akan mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 6 Februari 2017
  • Semua calon yang berdaftar & mengambil ujian saringan akan memperolehi Sijil Penyertaan Peringkat Daerah Kluang selepas tamat ujian saringan

Semoga makluman penting, panduan & tips yang telah diberikan dapat membantu calon-calon Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2017 dalam menghadapi Peringkat Saringan dengan cemerlang bagi melayakkan diri mara ke Peringkat Akhir dan seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Kluang 2017 . Good luck!!!


-Admin-

<

Thursday, 12 January 2017

Perubahan Tarikh Peringkat Saringan

Perhatian kepada semua... Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017 kali ke-2 yang telah diadakan... thumbnail 1 summary
Perhatian kepada semua...

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017 kali ke-2 yang telah diadakan pada 12 Januari 2017 bertempat di PKG Bandar Kluang, pihak urusetia  telah bersetuju untuk mengubah tarikh bagi Peringkat Saringan Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017 pada tarikh & waktu seperti yang tertera di bawah;


Kategori SRBM & SRBI
17 JANUARI 2017 (SELASA) 
Jam 2.00 ptg
di PKG Bandar Kluang

Kategori SMBM & SMBI
18 JANUARI 2017 (RABU) 
Jam 2.00 ptg
di PKG Bandar Kluang


Surat panggilan akan menyusul dalam masa terdekat. Segala kesulitan amat dikesali dan pihak urusetia memohon jutaan maaf.

Sekian untuk makluman & tindakan.

Monday, 9 January 2017

Perubahan Tarikh Tutup Penyertaan Nilam@Kluang 2017

Perhatian kepada semua... Setelah membuat perbincangan, pihak urusetia Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017 telah bersetuju ... thumbnail 1 summary
Perhatian kepada semua...

Setelah membuat perbincangan, pihak urusetia Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang 2017 telah bersetuju untuk mengubah tarikh tutup bagi pendaftaran calon Tokoh Nilam pada tarikh & waktu seperti yang tertera di bawah;


14 JANUARI 2017 (JUMAAT) 
Jam 12.00 a.m.

Rebutlah peluang ini dan daftarkan calon Tokoh Nilam sekolah masing-masing. 


Pendaftaran bagi calon-calon boleh dibuat melalui http://gg.gg/nilamdaftar2017

Capaian ke borang pencalonan online juga boleh buat dengan mengimbas kod QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas kod QR di smartfon anda;

Thursday, 5 January 2017

Panduan Nilam@Kluang 2017

Perhatian kepada semua calon Tokoh Nilam & guru pengiring... Terdapat perubahan dalam kaedah pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah ... thumbnail 1 summary
Perhatian kepada semua calon Tokoh Nilam & guru pengiring...

Terdapat perubahan dalam kaedah pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Kluang bagi tahun 2017. Berikut adalah panduan berkenaan proses pemilihan;







Anda juga boleh memuat turun panduan ini di https://docs.google.com/presentation/d/1vYmmAu13DF7aguKkQTkQRRveAz2cg3uqgBcNpdCXHNA/edit?usp=sharing

Wednesday, 4 January 2017

Jom Sertai Nilam@Kluang 2017

Tiba masanya untuk mempersiapkan pendekar & serikandi Nilam bagi sekolah masing-masing untuk merebut takhta Tokoh Nilam bagi daerah Klu... thumbnail 1 summary
Tiba masanya untuk mempersiapkan pendekar & serikandi Nilam bagi sekolah masing-masing untuk merebut takhta Tokoh Nilam bagi daerah Kluang dan seterusnya menjadi wakil ke peringkat negeri Johor.

Pendaftaran bagi calon-calon boleh dibuat melalui http://gg.gg/nilamdaftar2017
(Pendaftaran dibuka sehingga 12 Januari 2017)

Capaian ke borang pencalonan online juga boleh buat dengan mengimbas kod QR di bawah menggunakan aplikasi pengimbas kod QR di smartfon anda;




Nilam@Kluang Kembali Lagi!!!

Seperti tahun-tahun sebelum, Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang kini kembali lagi! 4 kategori dipertandingkan seperti biasa i... thumbnail 1 summary
Seperti tahun-tahun sebelum, Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kluang kini kembali lagi!

4 kategori dipertandingkan seperti biasa iaitu Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Malaysia Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah untuk menobatkan Tokoh Nilam 2017 bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pemenang bagi keempat-empat kategori akan mewakili daerah Kluang ke Majlis Anugerah Nilam Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada Mac 2017.

Penjenamaan semula Program Nilam Daerah Kluang yang telah diberi nafas baru dan dinamakan Nilam@Kluang serta kerjasama utuh yang melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang diharap dapat membugarkan lagi perlaksanaan program ini di semua peringkat. 

Teruskan mengikuti perkembangan terkini melalui blog ini dan juga laman Instagram rasmi Nilam@Kluang di url https://www.instagram.com/nilam.kluang/ dan jangan lupa #nilamkluang.

-admin-