Bagi mengurangkan sedikit rasa debar di hati, kami di pihak urusetia ingin memberi beberapa tips, panduan serta makluman penting yang mungkin dapat membantu para calon kita.
1.Makluman Kepada Calon
- Para calon diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah yang lengkap sepanjang aktiviti.
- Pergerakan para calon adalah seperti berikut; Pendaftaran --> Penyerahan Folio & Buku Catatan Nilam di kaunter penyerahan dokumen --> Menjalani ujian saringan --> Pulang
2. Folio Calon & Buku Catatan Nilam
- Folio harus dimulakan dengan Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kluang (BTP/PSP-Nilam 01) yang akan diberikan oleh pihak urusetia kepada calon semasa pendaftaran. Sisipkan borang tersebut di muka pertama folio masing-masing.
- Isi kandungan folio harus disusun rapi dengan mengikut turutan berikut; Borang BTP/PSP-Nilam 01, salinan keputusan peperiksaan calon dan seterusnya salinan sijil-sijil penghargaan, penglibatan dan juga sumbangan calon yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing.
- Folio calon juga boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.
- Buku Catatan Nilam haruslah terkumpul dari tahun 1-6 (Sekolah Rendah) dan tingkatan 1-5 (Sekolah Menengah)
- Sebagai makluman kepada GPM, Folio Calon & Buku Catatan Nilam akan dipulangkan kepada GPM semasa Mesyuarat GPM bagi setiap zon PKG.
3. Ujian Saringan
- Ujian saringan diadakan secara atas talian dan perlu dijawab oleh para calon pada masa yang ditetapkan.
- Peralatan akan disediakan oleh pihak urusetia & calon tidak dibenarkan membawa sebarang peranti komunikasi lain ke dalam bilik ujian.
- Para calon akan menggunakan mini komputer riba (netbook) semasa ujian saringan ini. (*Nota: Tetikus (mouse) tidak akan disediakan)
- Para calon adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan awam sepanjang ujian ini berlangsung.
- Antara topik yang terkandung dalam ujian ini adalah ujian IQ, Pengetahuan Am, Literasi Maklumat dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).
- Sebarang unsur penipuan atau perbuatan mencurigakan yang mengganggu perjalanan ujian oleh calon boleh menyebabkan penyertaan calon terbatal.
- Hanya 5 calon terbaik bagi setiap kategori akan mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 6 Februari 2017
- Semua calon yang berdaftar & mengambil ujian saringan akan memperolehi Sijil Penyertaan Peringkat Daerah Kluang selepas tamat ujian saringan
Semoga makluman penting, panduan & tips yang telah diberikan dapat membantu calon-calon Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2017 dalam menghadapi Peringkat Saringan dengan cemerlang bagi melayakkan diri mara ke Peringkat Akhir dan seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Kluang 2017 . Good luck!!!
-Admin-
<
No comments
Post a Comment