Berikutan terdapat banyak pertanyaan berkenaan proses Peringkat Akhir Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kluang 2018 yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi, di sini saya akan menyenaraikan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua Calon Tokoh Nilam dan Guru Pengiring.
- Calon Tokoh Nilam & Guru Pengiring perlu berada di lokasi pertandingan pada jam 8.00 pagi untuk membuat pendaftaran
- Calon Tokoh Nilam boleh mengambil Folio Calon & Buku Catatan Nilam selepas membuat pendaftaran
- Guru Pengiring tidak dibenarkan untuk berada dalam kawasan pertandingan semasa pertandingan berlangsung. Guru Pengiring hanya boleh bersama Calon Tokoh Nilam selepas selesai kuarantin.
- Calon Tokoh Nilam akan diuruskan sepenuhnya oleh Urusetia Pertandingan dan makanan untuk semua calon akan disediakan. Guru Pengiring akan dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- Ujian Penulisan akan dijalankan dengan menggunakan komputer riba (netbook) yang disediakan oleh pihak Urusetia. Calon Tokoh Nilam tidak perlu membawa alat tulis semasa ujian berkenaan
- Majlis Anugerah Nilam akan bermula pada jam 2.00 petang di lokasi yang sama. Pentadbir Sekolah & Guru Pengiring dikehendaki hadir bersama Calon Tokoh Nilam masing-masing sebagai sokongan moral.
- Sekiranya terdapat info terkini, pihak Urusetia akan membuat makluman di Channel Telegram https://telegram.me/nilamkluang serta di laman Facebook PKG Daerah Kluang
#NilamKluang
#SayaSukaMembaca
#RoadToAkademiNilamJohor
#BangsaJohorBangsaMembaca
<ADMIN>