Bagi mengurangkan sedikit rasa debar di hati, kami di pihak urusetia ingin memberi beberapa tips, panduan serta makluman penting yang mungkin dapat membantu para calon kita.
2. Makluman Kepada Calon Untuk Saringan Berkumpulan
3. Folio Calon & Buku Catatan Nilam
1. Ujian Saringan Atas Talian
- Ujian saringan diadakan secara atas talian dan perlu dijawab oleh para calon pada tarikh & masa yang ditetapkan.
- Ujian akan dijalankan di sekolah masing-masing.
- Para calon adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan awam sepanjang ujian ini berlangsung.
- Antara topik yang terkandung dalam ujian ini adalah ujian IQ, Pengetahuan Am, Literasi Maklumat dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).
- Hanya 5 calon terbaik bagi setiap kategori akan mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 7 Mac 2018
- Semua calon yang berdaftar & mengambil ujian saringan akan memperolehi Sijil Penyertaan Peringkat Daerah Kluang selepas tamat ujian saringan
2. Makluman Kepada Calon Untuk Saringan Berkumpulan
- Para calon diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah yang lengkap sepanjang aktiviti.
- Pergerakan para calon adalah seperti berikut; Pendaftaran --> Penyerahan Folio & Buku Catatan Nilam di kaunter penyerahan dokumen --> Menjalani ujian saringan --> Pulang
3. Folio Calon & Buku Catatan Nilam
- Folio harus dimulakan dengan Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Kluang (BTP/PSP-Nilam 01) yang akan diberikan oleh pihak urusetia kepada calon semasa pendaftaran. Sisipkan borang tersebut di muka pertama folio masing-masing.
- Isi kandungan folio harus disusun rapi dengan mengikut turutan berikut; Borang BTP/PSP-Nilam 01, salinan keputusan peperiksaan calon dan seterusnya salinan sijil-sijil penghargaan, penglibatan dan juga sumbangan calon yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing.
- Folio calon juga boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.
- Buku Catatan Nilam haruslah terkumpul dari tahun 1-6 (Sekolah Rendah) dan tingkatan 1-5 (Sekolah Menengah)
- Sebagai makluman kepada GPM, Folio Calon & Buku Catatan Nilam akan dipulangkan kepada GPM pada masa yang dimaklumkan nanti
Semoga makluman penting, panduan & tips yang telah diberikan dapat membantu calon-calon Pemilihan Tokoh Nilam Kluang 2018 dalam menghadapi Peringkat Saringan dengan cemerlang bagi melayakkan diri mara ke Peringkat Akhir dan seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Kluang 2018. Good luck!!!
-Admin-
No comments
Post a Comment